Hannypoeh's Blog

IKHLAS BHAKTI BINA BANGSA BERBUDI BAWA LAKSANA

LOMPAT JAUH

pada Desember 17, 2011

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang ahli sukan atau atlit cub amendarat sejauh yang boleh dari tempat pelepasan. Mereka yang bertanding akan berlari di laluan dan melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan kayu ke bahagian yang diisi pasir atau tanah. JArak minimum dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di depan atau melebihi papan, lompatan diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan direkodkan.
Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan yang jauh. Oleh itu tdiak hairanlah jika atlet pecut turut bertanding dan memenangi acara ini. Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada sukan olimpik
Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam seorang acara balapan dan padang. Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halters. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan.
Gaya Lompatan
Pada amnya terdapat tiga gaya lompatan iaitu :
• Gaya layar – biasanya digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri dalam acara ini.
• Gaya gantung – digunakan oleh novis dan juga pakar.
• Gaya tending kayun kayuh – gaya yang hanya digunakan olh pakar sahaja
Fasa Lompat Jauh
Lompat jauh boleh dibahagikan kepada empat fasa seperti :
a) Fasa Penujuan
• Terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris atau kaki depan belakang. Perkara yangpaling penting ialah langkah pertama dari titik permulaan mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar. Pada fasa ini terdapat penggunaan satah sagittal iaitu satah yang membahagikan badan kepada bahagian sinister dan deter (kiri dan kanan).
b) Fasa Lonjakan
• Setibanya dipapan lonjak, pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjat, badan direndahkan sedikit untuk member keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas.
c) Fasa penerbangan / Layangan.
• Dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan kederasan.Pelompat menggerakkan kaki dan tangan ke belakang untuk gaya tending kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal
d) Fasa Pendaratan.
• Apbila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan, tangan dan kaki digerakkan de hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan.


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: